Mar 17 2011

Pantun menarik berkenaan menuntut Ilmu:

Published by under Uncategorized

If you are harmed by the heat of the summer
And the dryness of autumn and the coldness of winter
And you are distracted by the beauty of sprintime
Then tell me: when will you seek knowledge?

(Im?m A?mad ibn F?ris al-R?z?)

No responses yet

Mar 17 2011

Tips untuk jaga masa dengan baik dari Imam al-Suyuti

Published by under Uncategorized

Al-??fi? al-Im?m al-Suy??? mentioned that he heard his teacher say:

“Hurry, O seeker of knowledge, in three things: eating, walking, and writing.”

No responses yet

Mar 17 2011

Inilah permulaan…

Published by under Uncategorized

Know, dear son, that days are but hours, and hours are but breaths, and every soul is a container, hence let not any breath pass without benefit, such that on the Day of Judgement you find an empty container and feel regret!

Be aware of every hour and how it passes, and only spend it in the best possible way; do not neglect yourself, but render it accustomed to the noblest and best of actions, and send to your grave that which will please you when you arrive to it.

If I were to describe my state, then I am never content with reading books, and when I see a book that I had not seen before, it is as if I have found a treasure. … And if I said that I read 20,000 books, then in truth it would be more, and I was then still a student.

I benefitted from reading those books by observing the lives of the early people, and the extent of their memorization, their determination, their worship, the diversity of their disciplines, of which one would not know had one not read those books. Thus I disliked the current state of people and looked down on the weak determination of students nowadays. And to Allah is all praise.

(Ibn al-Jawz? in his Lafat al-Kabid f? Na???at al-Walad)

One response so far

Nov 08 2010

Q Pemangkin Kecemerlangan

Published by under Uncategorized

Salam…
Pelajar-pelajar SPM kelas 5 Titanium begitu tekun mengulang kaji pelajaran biologi dalam kelas beraircond makmal komputer..Panitia Biologi telah uploadkan bahan2 rujukan dalam folder pelbagai pelajar untuk rujukan mereka. Tiada seorangpun bertanya..ah tak mengapa..mereka perlu ruang untuk belajar sendirian.. Sayang pulak rasanya ingin merasai perpisahan. Pahit manis sepanjang bersama pelajar SPM dari tahun lepas akan ku sematkan dalam diri menjadi suatu kenangan terindah semenjak bergelar sebagai seorang pendidik. Sifat yang pemarah dapat dilenturkan oleh senyuman pelajar yang terpancar ikhlasnya. Ya Allah sejahterakan mereka semua dalam menghadapi cabaran yang getir buat mereka iaitu SPM 2010.

Kepada Mufaridun Ashraf …cikgu harap kamu teruskan usaha, jangan putus asa, jangan toleh kebelakang untuk melihat kegagalan lalu.. Cikgu akan sentiasa doakan kamu sejahtera dunia dan akhirat.. Mungkin rasa amarah selama ini tidak membuatkan diri ini tenteram bersamaNya.. jadi cikgu berharap kamu berusahalah untuk mencapai cita2 mu yang terindah.

Nizamudin..sukarnya untuk mengambarkan diri mu…suka duka perjalanan hidup kamu pasti terbalas dengan kejayaan yang cemerlang. kamu telah berjaya melepasi suatu saat sukar dalam meniti sisa umur 17 tahun. jadi bertindaklah dengan penuh bijaksana.

Nurul hasliza.. Kamu antara pelajar yang cikgu kagumi bila tang belajar, kesungguhan jelas terpancar, kamu sungguh komited untuk cemerlang.. Ahlhamdulillah usaha berterusan akan mendapat kejayaan. Jangan lupa teruslah berdoa…dan bertawakallah kepada Allah S.WT.

yang lain mnenyusul…

No responses yet

Nov 08 2010

analisis item biologi tingkatan 4 2010

Published by under Uncategorized

analisis biologi akhir tahun 2010

No responses yet

Oct 21 2010

peka biologi

Published by under Uncategorized

One response so far

Oct 14 2010

Cinta Kerjaya dan Rumah Tangga…

Published by under Uncategorized

Kerjaya merupakan masa depan bagi semua orang. Pilihan adalah ditangan kita samada mau berjaya atau lebih daripada berjaya iaitu cemerlang. Cemerlang dalam menjalankan semua tugasan yang diberikan. Cemerlang dalam tingkah laku, personaliti dan juga hubungan silaturahim antara kita. Sebuah kejayaan tidak datang bergolek atau turun dari langit macam hujan.. tapi ia memerlukan pengorbanan…Pengorbanan atau terkorban adalah dua istilah yang berbeza, kalau kita terlebih dahulu atau mendahulukan pengorbanan maka kita dijanjikan kejayaan yang cemerlang..Sebaliknya kalau kita tak lakukan pengorbanan maka sudah tentu kita akan terkorban..Dalam konteks suasana belajar, pengorbanan sangat dituntut untuk memastikan kita berada sebaris dengan yang berjaya setinggi dengan yang cemerlang atau setanding mereka yang pernah mengukir kegemilangan malah mungkin kita yang terus mencipta sejarah keagungan seiring dengan kesyukuran kepadaNYa.

Kejayaan dalam menuntut ilmu menjanjikan kebahagian dalam bekerjaya…Kita telah melakukan pengorbanan maka hasilnya akan kita tuai di kemudian hari..Lihatlah pengorbanan yang utuh lagi sabar membuahkan citarasa yang tinggi..Kalau ingin mengapai langit maka cecahlah awan terlebih dahulu..Kalau ingin menggengam segulung kecemerlangan maka korbankan keselesaan sekarang. Kita makin leka dengan dunia yang semakin selesa..Dunia belajar atau sebagai pelajar adalah dunia yang amat selesa..Lihatlah rasailah tak perlu susah untuk hidup di asrama balik tengahari sudah terhidang lagi tersedia begitujuga mlam dan pagi.. Aduh senang dibuai mimpi hanya sekadar bermimpi 9A+ tidak menjadi kalau tidak menunjukan realitinya.

Sudah berjaya dalam pelajaran dan sudah mengalas cita2 maka ini barulah peluangnya mendirikan rumah tangga.. Jangan tergopoh gapah..niatlah di hati dan doakanlah pada yng Esa mohon diberikan isteri dan keluarga yang solehah dan soleh.. untuk menjamin kesenangan hidup di dunia dan akhirat..InsyaAllah Jodoh dan Pertemuan itu adalah milikNya sabar dalam mengejar cinta kerna jika tidak  kita tak sempat untuk mengejar cita2.

No responses yet

Oct 14 2010

Jadual SPM 2010

Published by under Uncategorized

Jadual Waktu SPM 2010

No responses yet

Oct 12 2010

Doa untuk Calon2 SPM 2010

Published by under Uncategorized

Sedari atau tidak SPM semakin mendatangi kita..sama ada sedia ataupun tidak SPM akan terus memburu dan kitalah yang putuskan mahu atau tidak bersedia atau menyerah kepada takdirNya. Kita calon2 SPM  seharusnya dapat melipat gandakan usaha dan terus berdoa kepadaNya…Wahai anak2 didikku berdoalah..sebagaimana berikut:-

Ya Allah Ya Rabul Jalil….

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah…

Aku mohon Ya Allah… Kurniakan lah kekuatan, ketenangan, kebijaksanaan dalam mengharungi ujian SPM ini.

Ya Allah …pemilik seluruh makhluk …Engkau turunkan RahmatMu ke atas diriku, diri rakan2ku dan setiap guru2 ku dan ibubapaku yang selam ini telah mendidik dan mengasuhku…Kurniaan teragungMu buat mereka.

Ya Allah engkau tahu apa yg tersirat dihatiku, Engkau dapat mengerti gundahnya perasaan ku ketika dan saat2 begini..aku mohon Ya Allah dekatkan diriMu pada ku..dekatkan dirimu padaku…rapatkanlah diriMu pada ku..

Ya Allah…setiap usahaku ikhlas keranaMu, setiap aliran peluhku jatuh atas kudratMu…Aku Mohon Ya Allah engkau permudahkan urusanku, kurniakan aku kepintaran dalam menjawab soalan2 SPM yang akan ku tempuh nanti.

Ya Allah …aku memohon kurniaan Mu, Engkau bimbinglah daku sehingga mendapat 9A+ untuk peperiksaan ini…Engkau nyatakan soalan2 yang biasa bagiku…hindarilah soalan2 yang sukar bagiku…Engkaulah yang maha pemurah lagi maha bijaksana…

Amin …Ya Rabaalamin..

One response so far

Oct 11 2010

PERKONGSIAN PINTAR SPM SMSKB, SMKA AL-IRSYAD & SMK PAYA KELADI

Published by under Uncategorized

Syukur KehadiratNya kerana apa yang dirancang walaupun hanya sehari dapat direalisasikan jika ada kesungguhan dan nekad yang jitu. Sesungguhnya Ikhlas menjadi seperkara yang penting dalam apa jua tugasan yang diterima. Pengetua memohon supaya program perkongsian pintar ini dapat dijelmakan supaya para pelajar calon SPM tidak leka dalam terus mengejar ilmu sehingga ke akhirnya. Aku melihat sesuatu yang positif sekiranya kita dapat berganding bahu memastikan setiap kecemerlangan itu lahir dari ihsan kita sebagai guru. Insyallah program ini akan dilaksankan pada 16 Oktober 2010 hari sabtu bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Modul2 telah diagihkan mengikut sekolah masing2. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru especially cikgu alias, cikgu nahar dan cikgu hasni kerana bertindak selaku wakil sekolah hadir dalam perjumpaan petang tadi..Kesungguhan sekolah-sekolah berhampiran untuk turut serta amat memberangsangkan. Terima kasih cikgu salsiah dan cikgu noraini kerna bersatu menjayakan program ni. Syukur ….Alhamdulillah..

No responses yet

« Prev - Next »

/div>
_sidebar();?>